Ustaz Dr Nizam 111025

Kuliah Subuh

• 🕋 1. Surah al-Ahzab, ayat 41–42

> يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ۝ وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah Allah dengan sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."



📖 [Surah al-Ahzab, 33:41–42]
➡️ Ini adalah perintah langsung supaya memperbanyakkan zikir kepada Allah dalam semua keadaan.

• Sebaik-baik zikir adalah yang berasal daripada Qur'an dan Hadith.

• Contohnya Al Matsurat yang disusun oleh Hassan Al Bana.

• Hukum kadar membaca zikir tidaklah wajib.

• Melafazkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar selepas solat sebanyak 33 kali mengikut sunnah Rasulullah SAW. Ada riwayat yang menyatakan sebanyak 21 atau 6 kali.

• Kadar zikir yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW adalah mencukupi. Sesuai untuk orang ramai. Tetapi jika ada sesiapa yang nak tambah kadarnya tidak menjadi kesalahan.

• Didalam ilmu tasawwuf digalakkan memperbanyakkan zikir untuk membersihkan dirinya.

• Ada ulama tariqat yang menetapkan kadar pengikutnya mengamalkan kadar berzikir.

• Orang yang banyak berzikir setiap hari masanya diisi dengan mengingati Allah SWT. Jadi tidak ada ruang untuk melakukan maksiat.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809