Ustaz Kamaruddin 231109

Kuliah Maghrib

• Sunnat berpuasa pada hari wukuf 9hb Zulhijah, melainkan orang yang sedang mengerjakan ibadah haji.

• Mengikut sunnah Rasulullah SAW berpuasa sunnat hanyalah satu hari sahaja. Iaitu pada 9hb Zulhijah.

• Sesiapa yang hendak berpuasa sunnat pada hari lain, tidaklah berdosa tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW.

• Melakukan ibadah sebaik baiknya adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

• Tetapi beribadat mengikut sunnah perlulah berilmu. Kerana ada ibadah yang Baginda Nabi SAW melakukan berbeza beza. Sebagai contoh Nabi SAW ada kala menguatkan bacaan basmallah didalam Al Fatihah semasa solat. Tetapi ada kalanya baginda membaca dengan perlahan.

• Dihari akhirat nanti terdapat umat Nabi Muhammad SAW yang ditegah daripada menikmati minuman daripada telaga Kauthar. Kenapa?

• Kerana setelah wafat Nabi Muhammad SAW ada manusia yang mengaku umat baginda tetapi tidak beramal dengan sunnah baginda.

• Mengambil I'tibal daripada ayat tersebut maka penting sekali bagi ummat diakhir zaman beramal mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914