Ustaz Muhaimin 111109

Kuliah Maghrib

• Nafsu manusia itu sifatnya tergesa-gesa. Terburu-buru. Mahukan sesuatu dengan kadar segera tanpa mengira caranya. Nafsu sedemikian juga dikenali sebagai nafsu amarah.

• Nafsu juga mendorong manusia mencari dunia kerana ia nya cepat dan segera. Tetapi nafsu cuba sedaya upayanya menghalang manusia mencari akhirat, kerana ianya lambat, tidak segera.

• Imam Ghazali menyatakan yang nafsu itu membuat manusia memilih perkara yang syubhat. Nafsu membuat ramai manusia menjadi kabur. Memilih sesuatu yang berjangka pendek serta menolak sesuatu yang berjangka panjang. Memilih dunia melebihi akhirat.

• "Nikmat dunia itu didepan mata mu. Dapat dirasa sekarang. Nikmat akhirat itu belum pasti. Tidak ada yang pernah merasakannya" bisikan nafsu kepada manusia. Untuk membuat manusia merasa was-was mengenai janji Allah SWT tentang ganjaran dan siksaan yang bakal diterima manusia diakhirat.

• Dengan Iman sahaja manusia dapat menundukkan bisikan nafsu. Orang beriman yakin akan ganjaran Allah SWT diakhirat nanti. Dia percaya akan apa yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW.

• Lawan sifat yang terburu-buru adalah sifat SABAR. Orang yang mempunyai sifat sabar akan memperolihi kejayaan didunia dan diakhirat.

• Sabar itu perlu untuk melakukan ibadah secara berterusan. Ibadah yang terpuji adalah yang dilakukan secara berterusan. Istiqamah.

• Orang beriman melakukan amalan didunia ini degan ikhlas semata mata kerana mendapat redha Allah SWT. Mengerjakan amal yang soleh dengan tekun, beristiqamah, seelok-eloknya dan bersabar. Dengan harapan diakhirat kelak ia mendapat ganjaran yang baik serta dapat ia melihat tuhannya. Ia yakin akan janji Allah SWT kepada nya.

• Apabila sakaratul maut datang kepada setiap manusia. Maka yakinlah dia yang waktu itu sudah sampai. Kesakitan yang ta' terhingga. Tinggallah segala harta kekayaan dunia. Maka tercari cari bekalah untuk dibawa kealam akhirat. Kalau diwaktu itu baru dia hendak bertaubat; maka sia-sia sahaja kerana sudah tidak terima oleh Allah SWT

• Bagi orang yang beriman ta'kala datang sakaratul maut, timbullah malaikat membawa berita baik. Bahawa ganjaran syurga sedang menantinya. Berseri wajahnya.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914