Ustaz Ghazali Hasbullah 311009

Kuliah Maghrib; Bab Tauhid

• Bertuhan kepada Allah SWT yang bersifat Hayyum dan Qayyum.

• Hanya Allah SWT sahaja yang berdiri dengan sendirinya. Tuhan yang hidup; yang menghidupkan makhluknya.

• Untuk memahami sifat Allah SWT memerlukan akal yang berfikir. Contohnya Allah SWT itu dahulu daripada segala kejadiannya. Logiklah yang menjadikan itu dahulu daripada yang dijadikan.

• Allah SWT yang menjadikan alam dan seisinya. Maka secara logiknya semua makhluk mengikut kehendak Allah SWT. Jadi kenapa manusia tidak mahu tunduk kepada hukum Allah SWT?

• Allah SWT tidak bersifat jirim. Makhluk bersifat jirim. Memerlukan ruang, 'space'. Selagi ia memerlukan ruang maka tetaplah ia sebagai makhluk. Apa perlunya makhluk meyembah makhluk yang lain?. Yang juga bersifat jirim.

• Manusia yang banyak melakukan maksiat, jiwanya kotor. Kesan daripada itulah yang membuat ramai orang berani mengingkari perintah Allah SWT. Berzikir adalah satu cara untuk membersihkan jiwa.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914