Khutbah Aid Adha 271109

Ustaz Yussof
Masjid Al Huda Sek 19
Shah Alam

• Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Janganlah kita mati melainkan didalam iman dan Islam

• Perayaan Aidil Adha adalah perayaan agama. Bukan satu pesta kebudayaan.

• Ketika ini dibumi Araffah dan Mina berjuta saudara Islam sedang menyerjakan ibadah haji.

• Hari ini kita berpisah dengan apa jua agama yang lain. Hanya Islam sahajalah jalan ke syurga. Hanya Islam sahaja agama disisi Allah SWT

• Walaupun agama ini dibenci dan dicuba untuk meranapnya, tetapi agama Islam tetap bersinar. Syiarnya tetap berkembang.

• Sayang sekali masih ramai umat Islam tidak yakin dengan cara hidup, deen Al Islam. Masih ada yang mempersoalkan hukum Islam.

• Aid Adha melambangkan penyorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Untuk kita hari ini mengambil iktibar daripada ketaatan setianya kedua hamba Allah itu melanksanakan perintah Allah SWT.

• Tauhid kepada Allah SWT merupakan asas agama. Atas dasarnyalah umat Islam menempuh berbagai dugaan serta mencapai kejayaan.

• Maka atas dasar tauhid jugalah umat Islam pada hari ini perlu kembali kepada ajaran Islam yang sempurna.

• Dalam menyerjakan korban perlulah memilih binatang korban yang sihat. Setelah dikorbankan dagingnya hendaklah diagihkan dengan cara yang telah digariskan.

• Semoga hari Aid Adha dan korban yang dijalankan memberi kesan kepada umat Islam.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Rahmatullah 190819

Ustaz Rahmatullah 090725

Ustaz Shukrie Alam Impian 200825