Ustaz Yussof 291109

Kuliah Subuh

• Perbezaan pendapat itu perkara biasa didalam agama. Tetapi tidaklah boleh membawa perpecahan ummah. Ini dilarang oleh Islam.

• Janganlah kamu bertengkar nanti kamu akan hilang kekuatan.

• Fenomena ini sedang berlaku didalam dunia Islam. Malah didalam negara ini mula menular didalam masyarakat.

• Adakah perkara ini terjadi dengan sendirinya? Atau adakah ia dikemudikan oleh golongan yang tidak senang dengan 'influence' agama Islam didalam masyarakat.

• Perbezaan didalam soal akidah tidak di benarkan didalam Islam. Adab untuk berbeza pendapat perlu di ikuti oleh semua.

• Perpecahan ummah dimasa dahulu bukanlah kerana ketandusan ilmu. Malah ilmu para ulama' nya begitu hebat sekali. Tetapi perpecahan terjadi kerana mereka yang berilmu telah salah guna kedudukkan didalam masyarakat. Membawa pengikut mereka berbalah kerana inginkan kuasa. Politik...

• Ulama' yang besar didalam sejarah Islam begitu beradab sekali apabila hendak berbeza pendapat. Imam Shafie walaupun tinggi ilmunya masih merendah diri.

• Perbezaan didalam bab fiqh harus diselesaikan oleh para alim ulama dengan cara bermesyuarah. Contohnya persembelihan binatang dengan menggunakan arus letrik. Majlis fatwa akan melakukan kajian serta berbincang isu tersebut daripada berbagai sudut sebelum mengambil keputusan.

• Adab untuk berbeza pendapat harus dijaga. Cara mengendalikan mesyuarat juga harus dijalankan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Para sahabat bila pendapat mereka ditolak mereka mengucapkan Alhamdulillah, dan jika di terima diucapkan Innalillah... Serta mematuhi keputusan yang dibuat oleh amir mesyuarat. Dengan berlapang dada.

• Para sahabat juga ada yang berselisih pendapat tetapi didalam perkara ranting sahaja. Tetapi didalam persoalan akidah mereka bersatu. Hari ini terdapat perbezaan didalam hal akidah yang membawa kepada perpecahan ummah. Tanpa memperdulikan dengan nas nas Al Quran dan hadith.

• Imam shafie selalunya sembahyang subuh dengan membaca qunut. Tetapi apabila dia menziarahi daerah dimana jemaahnya tidak berqunut, apabila dia menjadi imam, dia juga tidak berqunut. Apabila ditanya mengapa? Jawabnya adalah kerana dia berada didaerah orang yang tidak berqunut didalam solat subuh.

• Di negara ini sudah terjadi sembahyang berjemaah dua imam kerana berselisih pendapat mengenai berqunut didalam solat subuh. Mengapa terjadi begini? Adakah berqunut atau tidak berqunut itu kerana Allah SWT atau adakah kerana hendak menang. Serta suka melihat ada golongan yang kalah. Suka berpuak- puak.

• Media massa juga telah berperanan didalam perpecahan didalam ummah. Kerana melapurkan dengan tujuan menyokong satu satu puak tanpa dihiraukan fakta- fakta yang benar. Ketaksuban ini tidak akan membawa kebaikan didalam memurnikan syiar Islam.

• Didalam Islam, iktilaf atau perselisihan itu haruslah beradab. Yang dibenarkan adalah didalam hal hal yang ranting sahaja. Didalam hal pokok atau prinsip ia itu akidah tidak dibenarkan. Ukhwah Islamiah hendaklah dijaga agar kita menjadi satu umat yang dihormati.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914