Ustaz Ali 101109

Kuliah Maghrib

• Percaya kepada alam barzakh atau alam kubur itu sebahgian daripada rukun iman; Percaya kepada hari qiamat.

• Alam barzah itu merupakan salah satu bahagian daripada alam akhirat.

• Jarak waktu daripada alam kubur ke alam akhirat adalah jangka waktu yang panjang. Tetapi bagi orang yang beriman jangka waktu itu dirasa sekejap sahaja.

• Alam kubur itu merupakan salah satu daripada alam ghaib. Tidak perlu di soal selidik akan apa yang terdapat dialam kubur itu. Bagaimana keadaannya cukup apa yang diceritakan didalam Al Quran dan Hadith.

• Setiap manusia pasti merasai akan alam kubur itu kelak. Tidak ada sesiapapun yang akan terlepas daripadanya. Maka setiap orang harus beramal dengan sebanyak banyaknya sebagai bekalan menghadapinya. Saperti membaca serta beramal dengan Al Quran.

• Semoga kubur kita akan terang benderang serta dirahmati Allah SWT.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914