Ustaz Yussof 061209

Kuliah Suboh

• Agama Islam hari ini menghadapi berbagai cabaran. Aliran berfikir segelintir ummah telah rosak. Soal soal yang kecil diperbesarkan. Diatas alasan bahawa amalan ramai umat Islam tidak mengikut amalan Rasulullah SAW.

• Islam membenarkan perbezaan pendapat. Didalam perkara- perkara yang ranting. Maka perbezaan tersebut tidak perlu diperbesarkan. Sehingga boleh membawa perpecahan didalam ukhwah Islamiah.

• Perkara yang pokok didalam agama seperti akidah dan persoalan rukun tidak boleh dikompromi. Soalan ini hendaklah dihapuskan secepat mungkin. Saidina Abu Bakar berperang dengan ummat yang enggan membayar zakat setelah wafatnya Rasulullah SAW.

• Para sahabat menjaga ukhwah Islamiah. Jika terdapat perselisihan pendapat mereka akan secepat mungkin merujuk kepada Rasulullah SAW. Setelah wafat baginda mereka merujuk kepada Amirul Mukminin dan selepas itu para alim ulama.

• Generasi hari ini merujuk kepada sumber yang lain daripada Al Quraan dan Al Hadith. Malah ada yang menggambil daripada sumber orentalis. Perbuatan ini akan merosak agama. Serta melemahkan akidah dan ukhwah Islamiah.

• Amalan para sahabat didalam menghadapi perselisihan pendapat hendaklah menjadi ikutan ummah sekarang. Para sahabat cukup menjaga adab yang baik ketika berselisihan. Mereka meletakkan ketakwaan kepada Allah SWT mengatasi segala- segalanya.

• Didalam berhadapan dengan peselisihan pendapat hendaklah dijaga nilai dan budi pekerti. Seperti merendah diri, takwa, tidak sombong, menghormati pendapat orang lain, serta merujuk kepada Al Quran dan Hadith.

• Perselisihan didalam agama tidak harus dibiarkan. Kerana persilihan tersebut boleh meretakkan ukhwah Islamiah. Yang akan membawa akibat yang melemahkan benteng agama Islam daripada musuh luar.

Wassalam

Comments

Unknown said…
generasi muda kian lupa asal usul mereka...pengaruh barat faktor utama yang mengakibatkan orang Islam terpengaruh..media informasi terkini seperti internet telah menyumbang pelbagai perkara yg negatif..oleh yang demikian sewajarnya kita kembali kepada syariat Islamiah..sebagai contoh..memperkasakan @ membina sistem khilafah kembali..insyaALLAH ia akan membantu untuk membina ukhwah islamiah...waallahuaalam...

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914