Yussof Qardawi 191209

Kuliah khas sempena maal hijrah
Masjid Negeri Shah Alam

• Rasulullah SAW berhijrah untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Penghijrahan baginda mendapat perlindungan Allah SWT. Jadi soalannya kita hari ini kenapa tidak memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah SAW?

• Rasulullah SAW merancang penghijrahan baginda dengan teliti sekali. Dipilihnya mereka yang membantunya dengan satu penilaian yang rapi. Baginda memilih mereka yang mempunyai kepakaran, kebijaksanaan, dan keberanian. Abu Bakar RA dipilih menjadi teman baginda kerana beliau mempunyai perwatakkan dan keimanan yang terpuji.

• Walaupun pihak mushrikin dapat menjejaki baginda semasa bersembunyi didalam gua. Dengan perlindungan Allah SWT kaum mushrikin tidak berjaya didalam usaha mereka. Ini melambangkan betapa sekiranya orang mukmin berjuang diatas landasan Allah SWT pasti akan mendapat kemenangan. Kaum mushrikin walau bagaimana canggih kelengkapan mereka tentu dan pasti tewas. Ini adalah satu pengajaran kepada seluruh umat Islam didunia ini.

• Hijrah adalah permulaan didalam sistem pemerintahan Islam. Berjemaah merupakan satu penggerak yang telah menghasilkan satu ketamadunan. Madinah Munawarah dipilih baginda sebagai kota dimana bermulanya daullah Islamiah.

• DiMadinah Baginda Rasulullah SAW membina satu komuniti yang berasaskan Al Quran. Ayat- ayat Quran yang turun wahyunya dimadinah dimulakan dengan 'wahai orang- orang yang beriman'. Ini mengambarkan komuniti mukmin yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW bersumberkan wahyu. Didalam komuniti inilah Islam bertapak dengan menghayati seluruh suruhan Allah SWT.

• Masjid merupakan institusi yang pertama yang didirikan Baginda Rasulullah SAW. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan masjid didalam membina satu komuniti Islam yang berteraskan Al Quraan. Kemudian itu barulah baginda membina institusi kemasyarakatan yang lain. Saperti baitumaal, pasar dan sebagainya.

• Rasulullah SAW membina satu masyarakat contoh. Berakhlak tinggi. Tidak ada tamadun yang berjaya membina satu masyarakat yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Baginda berjaya memerdekakan serta mesaksamakan masyarakat Madinah. Tidak memilih bangsa dan kedudukkan ataupun kebangsawanan.

• Tamadun Islam berperikemanusiaan. Budi pekerti yang tinggi. Bebas. Adil. Ini telah berjaya diwujudkan baginda Rasulullah SAW maka tidak mustahil tamadun ini berulang lagi.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914