Ustaz Aminuddin 241209

Kuliah Maghrib

• Sebanyak mana yang dikejar manusia didalam hal duniawi sebenarnya adalah sedikit disisi Allah SWT.

• Tetapi betapa sedikit perkara yang bersabit dengan agama sebenarnya adalah besar disisi Allah SWT.

• Semua manusia adalah didalam satu perjalanan. Diakhirnya adalah pertemuan dengan Allah SWT. Maka perjalanan didunia ini adalah untuk menimba bekalan sebanyak banyaknya untuk hari pertemuan tersebut.

• Sesiapa yang beriktikaf didalam masjid selepas solat maghrib hingga masuk waktu Isya' akan mendapat ganjaran yang banyak. Allah SWT akan memberinya ganjarannya seperti sesaorang yang menunaikan ibadah haji.

• Sesaorang yang menuntut ilmu juga diber ganjaran yang melimpah. Malah orang yang tidak menuntut ilmu akan ditolak ibadahnya; serta dibencikan Allah SWT.

• Ramai manusia lalai daripada mengingati Allah SWT. Malah hati mereka telah mati. Kerana hatinya tidak mendapat Quran dan hadith. Mereka tidak mempunyai ilmu...

• Orang yang tidak menuntut ilmu akan menyesal apabila hari mereka bertemu dengan Allah SWT. Akan menyesal hidup didalam neraka.

• Keutamaan mencari ilmu adalah daripada perkara yabg bersabit dengan Fardu Ain. Kemudian itu barulah mencari ilmu yang bersabit dengan Fardhu Kifayah.

• Ilmu bersabit dengan Fardhu Ain adalah; Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawuf.

• Ilmu yang diterima Allah SWT adalah daripada mazhab Sunnat wal Jemaah.

• Orang yang beriman harus juga mempunyai ilmu mengenai politik. Yang berlandaskan Quraan dan hadith.

• Bekalan ilmu yang diatas harus berada pada semua orang yang beriman.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914