Ustaz Zaid 251209

Kuliah Maghrib

• Bulan Muharam merupakan bulan pertama didalam kalender Islam. Bermakna kita meninggalkan tahun yang lama dan menyambut kedatangan tahun yang baru. Ini juga melambangkang semakin meningkat umur kita. Serta semakin hampir kepada kematian.

• Didalam kita mengadakan majlis menyambut tahun baru atau maal hijrah hendaklah kita berazam untuk memperkuatkan ukhuwah Islamiah. Kerana pada hari ini semakin ketara perpecahan yang berlaku diantara ummat Islam.

• Untuk memperkuatkan ukhuwah memerlukan perancangan yang komprehensif. Sepertimana rancangan yang dibuat oleh Rasulullah SAW semasa baginda hendak melakukan hijrah.

• Kejayaan hanya akan tercapai dengan keredhaan Allah SWT. Hanya orang yang beriman yang akan mencapai keredhaan Allah SWT.

• Perpecahan didalam ummah adalah kerana mereka yang suka berbalah adalah orang yang tidak mantap iman mereka. Iman yang longgar juga merupakan kehancuran ummah yang tenggelam didalam maksiat.

• Iman yang mantap memerlukan kekuatan ilmu. Ilmu tauhid merupakan ilmu yang utama untuk memperkuatkan tauhid kepada Allah SWT.

• Untuk mencapai keredhaan Allah SWT perlulah sesaorang itu merasakan yang dirinya adalah saorang hamba kepada yang Khalid. Sifat sesaorang hamba yang sentiasa berhubung dengan Allah SWT.

• Wajib bagi sesaorang hamba mempelajari ilmu fardu ain. Kerana dengan berilmu sahajalah sesaorang itu dapat merasakan dirinya saorang hamba.

• Ikhlas didalam apa jua perbuatan kita. Hendaklah orang yang beriman melakukan amal semata-mata kerana Allah SWT.

• Sesaorang hamba itu perlu mengenal tuannya. Begitulah orang yang beriman yang menyatakan bahawa mereka adalah seorang hamba Allah SWT. Adakah mereka mengenal Allah SWT? Merasa akan kewujudan Allah SWT dimana-mana dan bila- bila?

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914