Ustaz Azman 201209

Kuliah subuh

• Perubahan itu susah untuk diterima. Terutama didalam hal-hal adat yang diwarisi turun temurun. Walaupun adat tersebut bertentangan dengan hukum agama.

• Didalam Al Quran juga terdapat ayat-ayat yang menceritakan manusia yang sedemikian.

• Agama Islam telah jelas akan hukum hakam yang membabitkan cara untuk mengendalikan kehidupan manusia didunia ini. Al Quran dan hadith Rasulullah SAW merupakan sumber hukum kepada seluruh manusia. Bukan cara adat orang- orang dahulu.

• Ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu adalah mutlak. Tetapi ketaatan kepada manusia yang lain bersyarat. Ia itu haruslah berlandaskan kepada Al Quran dan hadith.

• Kepentingan berilmu didalam bab agama adalah penting. Kerana didalam ajaran Islam segala perbuatan ibadah hendaklah dilakukan bernaskan Al Quran dan Hadith. Rasulullah SAW adalah contoh kepada ummah. Beribadat tidak boleh dilakukan sesuka hati.

• Masyarakat yang sedemikian melakukan perbuatan hanya secara ikutan sahaja. Serta mereka taksub kepada perbuatan tersebut. Bila ditanya mengapa mereka melakukannya? Ramai menjawap kerana datuk nenek mereka melakukannya. Ini bukan cara Islam. Sekiranya dilakukan secara berterusan maka tunggulah akan turun bala' daripada Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914