Ustaz Amran Yussuf 201209

Kuliah Maghrib

• Bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk merasakan kedatangan tahun Hijrah 1431.

• Insaflah bahawa setiap kali datang sambatun maal hijrah maka berkuranglah umur sesaorang itu. Semakin dekatlah dengan penyakit yang tiada saorang pun dapat terlepas, ia itu kematian.

• Setiap orang adalah pemimpin pada dirinya. Sekira mempunyai keluarga, pemimpin keluarganya. Memimpin diri dan semua dibawah tanggungnya untuk setiasa tunduk dan patuh kepada Allah SWT.

• Ibadah yang terutama diperiksa Allah SWT dihari akhirat adalah SOLAT.

• Ancaman Allah SWT kepada orang-orang yang meninggalkan solat;

¤ Celakalah orang yang lalai semasa bersolat

¤ Mendustakan Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana meninggalkan solat

¤ Dihinakan Allah SWT dipadang mahsyar kerana lalai daripada mengerjakan solat

¤ Mendapat kerugian didalam kehidupan mereka kerana meninggal solat

¤ Memikul dosa anak dan isteri kerana tidak mendidik mereka untuk bersolat.

¤ Rugi diakhirat kerana mendahulukan anak dan harta benda daripada bersolat.

¤ Orang yang meninggalkan solat samalah derajatnya dengan orang yang kafir.

¤ Nerakalah tempat bagi orang- orang yang tidak bersolat.

• Janganlah menjadi orang yang rugi didunia dan akhirat. Meletakkan Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi segalanya. Ingat kepada Allah SWT dengan mengerjakan solat dengan terbaik semungkin.

Wassalam

Comments