Kuliah Jumaat

Masjid Subang Airport

• Surah An-Nisa 97. Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

• Al Quran memberi amaran kepada manusia yang ketika mati sedang menzalimi diri sendiri.

• Malaikat bertanya kepada roh si mati yang tidak bersedia bertemu dengan Allah SWT. Mengapa jadi sedemikian?

• Ada manusia menyatakan bahawa mereka jadi sedemikianlah kerana ditindas. Malaikat menyatakan bahawa dunia ini luas. Kenapa enggan berhijrah?

• Ayat 97 ini turun kerana ada manusia yang enggan berhijrah bersama Rasulullah SAW. Hijrah itu adalah diatas perintah Allah SWT.

• Mereka yang enggan berhijrah bertanya kepada Baginda apakah jaminan agar mereka akan dapat harta dunia yang ditinggalkan sebagai gantinya di Madinah kelak.

• Rasulullah SAW jamin bahawa mereka akan mendapat redha Allah SWT serta syurga di akhirat kelak.

• Oleh kerana yang enggan berhijrah mengharap ganjaran duniawi maka Allah SWT menurunkan bala'kepada mereka. Harta mereka dirampas oleh pemimpin kafir serta dijadikan hamba abdi. Mereka yang dikerah melawan Rasulullah SAW. Akhirnya mati dibunuh tentera Islam yang menawan Mekah.

• Akhirnya selepas mati, mereka mendapat balasan neraka.

• Ayat ini juga menjadi amaran kepada umat manusia dan orang yang beriman. Agar berhijrah kepada yang lebih baik. Kerana apabila mereka menikmati kebajikan yang banyak maka seharusnya lebih kuat mengerjakan amalan yang Soleh.

• Janganlah jadi umat yang menentang hukum Allah SWT setelah mendapat banyak kenikmatan duniawi. Kuatir akan menjadi lalai kepada Allah SWT. Apabila dicabut nyawanya dalam keadaan lalai balasannya adalah neraka.

• Orang yang mati didalam keadaan lalai kepada Allah SWT, malaikat akan menghujahkan mereka kedalam nereka dalam keadaan yang dahsyat.

• Orang yang beriman telah banyak diberi peringatan didalam Al Quran akan keadaan neraka jahanam.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914