Ustaz Shukrie 170822

Kuliah Maghrib

• Membunuh jiwa seseorang itu termasuk dalam dosa besar.

• Membunuh disini diertikan mematikan sesaorang secara fizikal dan juga secara rohani.

• Ciri seorang mukmin adalah seperti berikut Surah Al Furqan ayat 63...

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

• Dan juga didalam Surah Al Furqan ayat 68...

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya

• Hamba Allah SWT yang benar adalah mereka yang tidak melakukan pembunuhan jiwa manusia melainkan diizinkan NYA.

• Didalam surah Al Khafi diterangkan bagaimana hamba Allah SWT menyembunyikan diri kerana menghindarkan diri daripada pengaruh perbuatan maksiat masyarakat.

• Didalam Al Quran juga banyak kisah-kisah hamba yang takut kepada kemurkaan Allah SWT. Oleh demikian mereka patuh kepada perintah NYA.

• Melakukan kerosakan keatas jiwa/ roh manusia hingga membunuhnya adalah satu perbuatan yang besar dosanya.

• "Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya." (QS Al-Maidah: 32)

• Besar dosa membunuh seorang manusia seperti dia membunuh seluruh orang didalam dunia. Dan sebaliknya sesaorang yang menyelamatkan nyawa seorang seperti menyelamatkan nyawa seluruh orang didalam dunia.

• Baginda Rasulullah SAW menyatakan yang sesaorang yang membunuh akan membawanya menjadi kafir.

• Sesiapa yang menumpahkan darah maka ia terkeluar dari lingkungan agama.

• Perkara yang pertama diadili diakhirat nanti adalah dosa pembunuhan.

• "Hilangnya dunia, lebih ringan bagi Allah dibanding terbunuhnya seorang mukmin tanpa hak." (HR An-Nasa'i, At-Tarmizi)

• Sesiapa yang melakukan dosa besar hendaklah dia bertaubat memohon keampunan Allah SWT. Berazam tidak melakukan dan menyesali perbuatannya.

• Sabda Rasulullah ﷺ, "Tidaklah dibunuh suatu jiwa dengan zalim melainkan dosa pembunuhan itu akan ditanggung pula oleh anak Adam yang pertama (Qabil) karena dialah yang pertama memberi contoh pembunuhan," (HR. Bukhari dan Muslim).

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914