Ustaz Firdaus 060822

Kuliah Maghrib

• Surah Ali-Imran 31. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

• Ayat diatas untuk mengingati orang yang beriman bahawa hendaklah mereka mengikut cara Baginda Rasulullah SAW beribadat.

• Pada tahun 7 hijrah ada satu peristiwa keatas Baginda Rasulullah SAW. Seorang wanita menghadiahkan kepada baginda daging kambing panggang.

• Wanita itu namanya Zainab. Daging itu dimasukkan racun. Baginda makan kemudian memuntahkan kerana diberitahu kepada baginda bahawa makanan itu beracun.

• Walaupun baginda tidak menelan daging tersebut tetapi racun itu telah masuk ke dalam dirinya. Empat tahun kemudian racun itu membawa baginda sakit kemudian wafat.

• Pada tahun ketujuh hijrah ada satu peperangan dengan puak Badwi yang membantu kami musyrikin didalam peperangan Al Ahzab. Baginda dan para sahabat terpaksa melalui perjalanan yang susah. Memerlukan kekuatan fizikal. Begitulah pengorbanan generasi pertama umat Islam.

• Rasulullah SAW dan para sahabat berehat dibawah sepohon didalam perjalanan. Mereka tertidur, dan kesempatan ini diambil seorang musuh hendak membunuh Rasulullah SAW.

• Musuh itu sudah mengambil pedang Baginda hendak membunuh nya. Dia bertanya kepada Baginda, siapa yang dapat menolong mu dari pedang ini. Baginda menjawab Allah.

• Musuh itu terkejut dengan jawapan itu. Hingga terlepas pandang yang dipegang. Baginda mengambil pedang itu bertanya kepada musuh itu sekarang siapa yang dapat menolong nya. Dia merayu kepada Rasulullah SAW agar jangan bunuhnya.

• Akhirnya Baginda melepaskan musuh itu dan memaafkan dia.

• Satu peristiwa didalam peperangan ini bagaimana seorang sahabat dipanah sedang dia bersolat. Dia tidak berhenti solatnya. Bila ditanya kenapa dia tidak memohon pertolongan, dia jawap dia tidak mahu berhenti membaca ayat Quran.

• Orang Badwi telah tewas didalam peperangan ini. Baginda melayan tawanan puak musuh ini dengan baik. Akhirnya mereka musuh ini tertarik kepada Islam. Ramai yang memeluk Islam.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914