Ustaz Azman 210822

Kuliah Subuh

• Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat pada bentuk rupa dan harta kalian. Akan tetapi, Allah hanyalah melihat pada hati dan amalan kalian."

• Allah SWT melihat manusia dari keadaan hatinya. Adakah hati sesaorang itu bersih atau kotor.

• Apa yang berlaku di dalam hati hanya orang tersebut dengan Allah SWT yang tahu. Samada ibadah yang dilakukan dengan ikhlas atau tidak.

• Bagi Allah SWT setiap orang beriman hanya kepada NYA. Tidak disekutukan dengan yang lain selain daripada NYA.

• Hati seorang itu tersimpan rahsia yang bahawa dia beriman atau tidak. Dia boleh menipu orang lain. Tetapi tidak dengan Allah SWT.

• Pada hari ini cabaran dengan orang-orang yang beriman cukup banyak. Malah orang yang tinggi ilmu agamanya juga kadang kala kalah dengan fitnah dunia.

• Hati yang bersih itu membawa sesaorang kepada menegakkan agama dengan ikhlas. Mendahului Allah SWT daripada apa sahaja yang lain. Segala perintah NYA mendapat prioriti yang utama didalam kehidupannya.

• Hati yang hitam itu tidak terkesan bila leka dengan perintah Allah SWT. Tertinggal solat fardhu tidak merasa bersalah. Melengah-lengahkan solat juga tidak merasa bersalah.

• Tidak gelisah apabila meninggal perintah Allah SWT. Menunjukkan hati itu dah mula hitam.

• Begitu juga bila sesaorang itu dah mula meninggalkan Al Quran menunjuk yang mula dihitami dengan kecintaan kepada dunia. Tertipu dengan nafsu. Hati itu bila dijauhi daripada Al Quran lama kelamaan dikunci daripada mengingati Allah SWT.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914