Ustaz Yusof 070822

Kuliah Subuh

• Ujian yang dihadapi umat mukmin semakin hari berbagai. Ada permasaalahan yang dihadapi berulang-ulang semenjak dari masa Baginda Rasulullah SAW.

• Surah Ra'ad ayat 17. Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

• Masyarakat yang dibina diatas prinsip risalah Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW adalah yang berkualiti dan mempunyai daya fikir yang cemerlang.

• Daya fikir yang tinggi memerlukan budaya ilmu yang kukuh. Supaya ianya dapat melahirkan ahli fikir yang kreatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat.

• Islam melahirkan beribu-ribu ahli fikir yang merubah tamadun dunia. Baik dari segi pemerintahan, perniagaan, hubungan antarabangsa, ketenteraan, sains dan falsafah.

• Orang mukmin terkenal sebagai manusia yang berkualiti, berintegriti, beradab dan kesopanan. Kehadiran mereka didalam masyarakat pasti akan mengubah peradaban serta kualiti daya fikir.

• Surah Yusuf didalam Al Quran menceritakan tentang kehebatan Nabi Allah Yusuf. Bagaimana dia mencadangkan satu perancangan ekonomi negeri Mesir bagi menghadapi suasana satu musim kemarau yang panjang.

• Suasana hari ini walaupun berlainan dari zaman yang lalu tetapi prinsip nya sama. Jika hendak menyelesaikan masalah hendaklah datang dari ilmu. Didalam perjuangan Rasulullah SAW, baginda mengambil berat akan membina ilmu bagi ummah.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914