Ustaz Hazlam 181022

Kuliah Maghrib

• Para sahabat Rasulullah SAW banyak mengerjakan amalan Soleh. Banyak berdoa agar Allah SWT membantu mereka memperbanyakkan ibadah.

• Mereka juga memperbanyakkan menuntut ilmu. Rasa manis akan berada didalam majlis ilmu. Hidup mereka tenang didalam ketaatan kepada NYA.

• Orang yang sentiasa berada didalam naungan Allah SWT. Serta tidak dimurkai NYA. Mereka adalah orang yang selalu berzikir, banyak beribadat dan mereka yang selalu hadir didalam majlis ilmu.

• Allah SWT mengampunkan dosa orang-orang yang berada didalam majlis ilmu. Apabila mereka kembali ke rahmatullah, kubur mereka akan bercahaya menandakan kenikmatan mereka didalam alam barzakh.

• Apabila seseorang yang beriman mempelajari akan ilmu sirah Rasulullah SAW hendaklah mereka berazam supaya selepas menuntut mereka akan melakukan berikut. 1) Sayang, cinta dan merindui Baginda SAW. 2) Memperbanyakkan amalan sunnah.

• Baginda Rasulullah SAW adalah seorang yang pengasih. Saidina Anas berkata selama dia bersama Baginda tidak pernah marah kepada nya. Baginda juga seorang yang paling tawaduk.

• Orang yang berilmu serta beramal dengan nya akan mendekatkan hati mereka kepada Allah SWT. Bersungguh sungguh untuk mendapat keredhaan NYA. Yakin jika Allah SWT kasih kepada seseorang hamba pasti orang lain juga akan mengasihani nya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914