Ustaz Rahim Nasir 291022

Kuliah Subuh

• Surah AlBaqarah ayat 28. Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

• Pertanyaan Allah SWT kepada manusia. Soalan yang fundamental. Kenapa melawan NYA?

• Allah SWT adalah tuhan kita. Dialah yang menghidupkan dan mematikan semua manusia. Tiada tuhan yang lain melainkan NYA.

• Semua manusia melalui 4 fasa
   - Hidup didalam rahim
   - Hidup didalam dunia
   - Hidup didalam alam kubur
   - Hidup dihari akhirat

• Semasa didalam rahim ibu, manusia hidup didalam air. Tiada pekerjaan. Apa yang dimakan ibu kita juga makan. Tidak semua orang melepasi alam ini. Ada yang maut ketika dilahirkan. Perlulah manusia mengenang jasa ibu dan ayah.

• Orang yang beriman perlulah merasa akan betapa besarnya beban kedua orang ibu bapa untuk membesarkan anak-anak nya. Maka hendaklah mendoakan akan kebajikan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Hormati dan berbaktilah kepada mereka semasa mereka hidup. Serta mendoakan dan menziarahi kubur mereka setelah mati.

• Setelah dilahirkan. Maka bermulalah hidup manusia didalam alam dunia. Para Ulama'menyatakan bahawa kehidupan didunia ini adalah merupakan fasa yang penting. Bagaimana manusia hidup didunia ini akan menentukan kebahagiaan atau kesengsaraan dialaminya semasa didalam akhirat nanti.

• Manusia perlulah menuntut ilmu fardhu Ain dan fardu kifayah semasa didunia ini. Ilmu dapat memberi kebajikan semasa hidup didunia dan diakhirat. Dengan ilmu manusia dapat beriman kepada Allah SWT.

• Iman dan amal adalah kunci kejayaan seseorang yang beriman didunia ini dan dihari akhirat nanti. Amal mengikut apa yang dicontohi oleh Baginda Rasulullah SAW. Amal yang wajib, sunat sebagai bekalan membawa seseorang itu ke alam kubur.

• Kehidupan didunia ini adalah tempat dimana semua orang akan diuji. Yang dapat melalui ujian tersebut dengan jayanya merupakan kebahagiaan yang tidak terhingga.swmasa diakhirat. Tetapi yang gagal melepasi ujian didunia ini akan menyesal tidak terperi semasa diakhirat nanti.

• Setelah manusia mati maka berakhirlah segala bentuk ujian keatas mereka. Tidak ada lagi amal yang diwajibkan.

• Semua orang yang mati akan merasa betapa nilai kehidupan didunia yang telah ditinggalkan. Malah semua orang yang mati ingin dihidupkan semula. Untuk melakukan amalan yang sebanyak nya.

• Alam kubur merupakan pintu gerbang alam akhirat. Stesen pertama didalam perjalanan manusia di alam akhirat. Sesiapa yang berjaya didalam kubur akan berjaya. Tetapi sesiapa yang gagal didalam ujian kubur akan menyukarkannya didalam akhirat nanti.

• Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya alam kubur adalah tempat akhirat pertama. Apabila seseorang selamat darinya, maka setelahnya akan lebih mudah bagi dia. Namun apabila ia tidak selama darinya (alam kubur), maka setelahnya akan lebih sulit bagi dia. Nabi berkata lagi: aku tidak melihat suatu pemandangan yang mengerikan pun melainkan pemandangan di alam kubur."   

• Alam akhirat adalah kehidupan yang selama lamanya. Ada yang akan masuk ke dalam syurga. Sebaliknya ada yang akan masuk ke dalam neraka.

• Dialam akhirat adalah kehidupan yang tidak ada lagi ujian dan ibadah. Disitu manusia akan menikmati kebahagiaan atau kesengsaraan bergantung akan bekalan yang dibawa semasa hidup didunia ini.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914