Ustaz Muhaimin 211022

Kuliah Maghrib

• Pada hari akhirat, malaikat akan membawa neraka untuk dilihat oleh sekalian yang berada di Mahsyar.

• Sesiapa yang melihatnya akan merasa takut hingga melutut.

• Pada waktu itu orang orang yang beriman akan bercahaya di wajah mereka.

• Orang yang munafiq merayu kepada orang-orang yang beriman meminta sedikit daripada cahaya tersebut.

• Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW adakah orang akan mengambil tahu akan keluarga dihari akhirat kelak. Baginda menyatakan bahawa tiga tempat yang manusia hanya memikir tentang dirinya sendiri. 1) semasa menerima catatan amalan 2) semasa ditimbang amalannya 3) semasa hendak melintasi Siratul Mustaqim.

• Dari Anas bin Malik radhiyallahu'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam bersabda,

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

"Surga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat."(HR. Muslim)



Baca selengkapnya https://muslimah.or.id/888-surga-diliputi-perkara-yang-dibenci-jiwa-neraka-diliputi-perkara-yang-disukai-nafsu.html

• Diperlihatkan syurga kepada malaikat, maka dikatakan bahawa jika dilihat indahnya oleh manusia sudah pasti semua orang inginkan nya. Tetapi apabila dinyatakan bahawa syurga itu dipagari oleh perkara yang dibenci nafsu. Maka malaikat khuatir yang tidak ada yang dapat memasuki nya.

• Sebaliknya diperlihatkan kepada malaikat keadaan neraka. Maka para malaikat menyatakan bahawa pasti tidak ada manusia akan memasukinya. Tetapi apabila dikatakan bahawa neraka dipagari oleh perkara yang disukai oleh syahwat. Malaikat pula takut yang tiada ada manusia yang terlepas dari neraka.

• Terdapat tujuh pintu neraka. Oleh kerana itu disunatkan meminta dilindungi daripada azab neraka sebanyak tujuh kali selepas mengerjakan solat.

• Ahli neraka merasa lapar sangat. Diberi kepada mereka makanan dari pokok Zaqum yang buahnya berduri. Apabila mereka haus. Diberi minuman dari air mendidih yang panas. Hingga putus urat perut mereka.

• Terdapat banyak ayat Al-Quran yang memberi gambaran yang jelas akan episod serta dialog ahli neraka. Betapa sesalnya mereka. Serta peritnya siksaan itu sakit yang tidak terhingga.

• Orang yang beriman hendaklah selalu meminta kepada Allah SWT dilindungi daripada siksaan neraka.

• Diantara ahli neraka adalah orang yang takbur. Baginda SAW menyatakan tidak masuk syurga sesiapa yang ada takbur didalam hatinya walaupun sedikit.

• Ahli-ahli neraka merayu kepada Allah SWT agar dipulangkan mereka kedunia. Supaya mereka melakukan amalan-amalan yang soleh.

• Setelah gagal dalam berbagai rayuan ahli neraka kepada Allah SWT. Maka mereka minta dimatikan. Tetapi dikatakan dineraka tidak akan ada kematian. Siksaan itu adalah selama lamanya.

• Syaitan pula menyatakan kepada ahli neraka yang mereka yang salah. Kenapa mengikut nya...

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914