Ustaz Jihad 221022

Kuliah Subuh

• Orang yang soleh sifatnya tawaduk. Merasa diri serba kurang didalam melakukan ibadat kepada Allah SWT.

• Walaupun mereka banyak melakukan ibadat tetapi didalam hatinya masih merasa tidak mencukupi. Begitu juga walaupun mereka banyak bersyukur kepada NYA akan nikmat yang mereka rasai, tetapi masih tidak mencukupi jika dibanding dengan apa yang mereka nikmat.

• Allah SWT suka kepada hamba yang sentiasa bersyukur kepada NYA atas nikmat yang diberi kepada mereka.

• Bersyukur sesaorang hamba dengan memperbanyakkan kebajikan atas apa yang dinikmatinya. Jika diberi keluasan rezeki, maka dia memperbanyakkan sedekah dan infak fisabilillah. Begitu juga diberinya nikmat kesihatan maka digunakan badan yang sihat dengan memperbanyakkan ibadah kepada NYA.

• Orang yang berniaga perlulah dia berusaha untuk mencapai kejayaan. Apabila dicapai objektif perniagaannya hendaklah dia bersyukur. Jangan dibalas nikmat itu dengan kesombongan.

• Ambillah pelajaran daripada peristiwa Firaun dan Qarun. Walaupun diberikan Allah SWT kekuasaan dan kekayaan, mereka tidak bersyukur kepada Allah SWT. Malah sikap mereka sombong dan zalim. Malah Firaun mengaku dirinya itu tuhan. Akhirnya mereka dihapuskan Allah SWT.

• Orang yang tawaduk merasa dirinya tidak layak menerima nikmat daripada Allah SWT jika dibandingkan dengan beribadat kepada NYA. Malah mereka merasa apa yang dilakukan untuk menzahirkan syukur akan apa yang dinikmatinya masih sikit sahaja dengan apa yang mereka nikmati.

• Orang yang beriman hendaklah selalu berzikir mengingati Allah SWT. Dengan cara demikian dia akan merasa betapa luasnya pemberian NYA.

• Perlulah sesaorang yang beriman bertakwa kepada Allah SWT. Melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan diri daripada yang dilarang oleh Allah SWT. Takut kepada kemurkaan NYA. Menerima segala ketentuan NYA. Tidak sombong dan riyak dengan ibadah yang sikit sahaja.

• Musuh bagi orang-orang yang beriman adalah cintakan dunia. Tidak merasa puas dengan apa yang dimilikinya. Walaupun mempunyai emas yang setinggi bukit, tetapi dia inginkan bukit yang kedua.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914