Ustaz Rahmatullah 071022

Kuliah Maghrib

• Sesaorang mukmin hendaklah beristiqamah didalam menjaga imannya.

• Cahaya iman hendaklah sentiasa menyinari jiwanya. Tidak alpa akan segala suruhan Allah SWT. Hidupnya tidak putus daripada hubungan syariat agama.

• Bagi mereka yang telah tersasar daripada jalan agama. Hendaklah balik kepada jalan yang benar. Bertaubat daripada kezaliman yang dilakukan.

• Hati memainkan peranan yang penting didalam hidup beragama. Ketika dia beribadat hatinya yang menentukan kualiti amalannya.

• Hati seorang yang beriman hendaklah sentiasa takut kepada Allah SWT. Dan dia merasa malu kepada NYA jika tersasar daripada perintah NYA.

• Para sahabat hati mereka sentiasa merebut-rebut untuk berbakti kepada Baginda Rasulullah SAW. Merindui untuk selalu mendampingi Baginda.

• Kemanisan iman dianugerahi kepada orang yang berusaha menghindar diri daripada maksiat. Yakin akan balasan di akhirat nanti. Bahawa jiwanya yang selalu konsius akan kehadiran Allah SWT .

• Bersyukur akan nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Walaupun ramai orang yang baru tahu nilai nikmat sesuatu itu bila nikmat itu ditarik balik oleh NYA.

• Hati seorang itu dibina imannya dengan ilmu dan beramal dengannya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914