Ustaz Jefri 201110

Kuliah Maghrib

• Mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata mata.

• Tiada sekutu bagi Allah SWT. Tiada apa yang menyamai atau mengatasi kekuasaan NYA.

• Mempercayai kepada tangkal dan benda- benda yang menyamainya. Malah gelang meknatik juga sekiranya tidak diniat dengan betul boleh membawa kepada perbuatan syirik.

• Didalam azan yang berkumandang setiap waktu juga terdapat pernyataan kepercayaan kepada ketuhanan Allah SWT sahaja dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, utusan yang terakhir. Azan itu pula dijawab oleh orang- orang yang beriman, sebagai peringatan.

• Syirik bagi sesiapa yang menyembah taghud. Yang dikatakan taghut adalah;
> Berhala
> Manusia yang zalim, yang mengajak manusia menidakkan kewujudan Allah SWT

• Orang yang beriman itu takut kepada Allah SWT. Dengan sentiasa menjalankan hukum NYA, dan menghindari larangan NYA. Takut dan mengharap kepada balasanNYA diakhirat kelak.

• Orang yang berjaya didunia ini, mengikut Islam adalah mereka yang;
> Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
> Takut kepada Allah SWT, yang ghaib.

• Ketahuilah bahawa orang orang yang sentiasa mengingati Allah SWT itu akan merasakan hati yang tenang.

• Tetapi jika manusia tidak mahu beriman, Allah SWT akan menjadikan syaitan, karin, sebagai teman mereka. Dia akan menyesatkan mereka daripada menginagati Allah SWT.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914