Ustaz Tajuddin 091010

Kuliah Subuh

• Tujuh golongan manusia yang di beri perlindungan dihari mahsyar.

- pemimpin- pemimpin yang adil. Iaitu pemimpin yang menjalankan hukum Allah swt.

- Remaja yang hidup didalam peribadatan kepada Allah swt.

- Lelaki yang hatinya kasih kepada masjid.

- Dua orang lelaki yang bersahabat kerana Allah swt.

- Seorang lelaki yang sihat diajak oleh saorang perempuan yang cantik untuk melakukan maksiat. Lelaki tersebut menolak kerana takut kepada Allah swt.

- Sesaorang yang merahsiakan sedekahnya. Saolah-olah tangan kanan bersedekah tanpa diketahui oleh tangan kiri.

- Lelaki yang bersendirian mengingati akan Allah swt. Berlinang air mata nya kerana takut kepada Allah swt diatas segala dosa yang telah dilakukan.

Wassalam



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914