Ustaz Yusuf 071110

Kuliah Subuh

• Diceritakan bahawa disatu masjid tidak mengizinkan saorang alim, Imam Ahmad megerjakan solat. Seorang pengguli roti melihat keadaan itu lalu dijemputnya orang alim tersebut kekedainya. Dia pun tidak mengenali Imam Ahmad.

Setiap kali dia membakar roti dia membaca Astaghfirullah. Membacanya berulang ulang kali. Ditanya oleh Imam Ahmad sudah lamakah dia mengamalkan perkara tersebut. Penggali roti itu menjawab sudah lama. Maka Imam Ahmad bertanya lagi, adakah lagi permohonannya yang belum ditunaikan. Dia menjawap bahawa Allah telah menunaikan semua permohonannya kecuali satu. Iaitu untuk bertemu dengan Imam Ahmad. Maka dikatakan kepadanya bahawa permohonannya telah dimakhbulkan oleh Allah SWT.

• Didalam beragama beramal yang berterusan akan diberikan ganjaranya daripada Allah SWT. Beramal juga perlu secara konsisten, didalam ataupun diluar masjid. Tidak boleh diasingkan amalan agama kita walaupun berada diluar masjid.

• Apa sahaja yang dilakukan oleh seorang mukmin hendaklah berasaskan hukum agama. Berpolitik perlu mengikut acuan Islam, didalam ataupun diluar masjid. Berniaga juga perlu ada konsistensi mengikut Islam.

• Islam berasaskan kepada iman. Setiap mukmin apa sahaja yang mereka lakukan menuju kearah yang sama. Iaitu menegakkan hukum dan cara hidup yang berasakan quran dan sunnah.

Wassalam
AZ Mokhtar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914