Ustaz Azman 160619

Kuliah Subuh

✓ Orang yang beriman hendaklah selalu mengingati Allah SWT lebih daripada mengingati makluk NYA.

✓ Begitu juga hendaklah orang beriman mencintai hidup akhirat lebih daripada daripada mencintai kehidupan dunia.

✓ Bersungguh-sungguh mencari jalan memperbanyakkan amal soleh. Mengikut sunnah Baginda SAW. Walaupun sunnah itu adalah perkara yang kecil sahaja. Tetapi yang penting adalah niat melakukan amal Soleh. Sesiapa yang menjalankan sunnah Rasulullah SAW diakhirat nanti akan bersama sama baginda.

✓ Sebagai manusia, tiada yang maksum. Ada banyak dosa yang telah dilakukan dimasa yang lepas. Maka orang yang beriman disarankan agar merenung kembali perbuatan maksiat yang dilakukan dimasa yang lepas. Agar membawa keinsafan akan kesilapan dimasa lalu. Agar sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT akan dosa dosa yang kita lakukan. Serta memperbanyakkan amalan sebagai bekalan yang akan dibawa ke alam akhirat.

✓ Diakhir perjalanan hidup kita didunia ini adalah mati. Orang yang beriman hendaklah memikirkan akan apakah amalan yang dibawa kembali semasa bertemu dengan masa kematiannya. Sedar bahawa masa dan waktu kematian telah ditetapkan Allah SWT. Hanya manusia tidak tahu bila yang ia akan mati. Jadi perlulah memperbanyakkan amal soleh.

✓ Sebagai manusia kebiasaannya kita nampak keburukan orang lain tetapi tidak nampak keburukan diri sendiri. Orang yang beriman disarankan lebih banyak menilai keburukan diri sendiri daripada keburukan orang lain. Insaf yang kita ini tidak sempurna.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809