Ustaz Azmil 201119
Kuliah Maghrib ✓ Para ulama' ahli sunnah Waljamaah melarang orang Islam mengkafir sesama Islam yang berkiblat yang sama ✓ Tetapi orang yang bermazhab Syiah itu memang sudah jauh akidah dan feqah mereka. ✓ Begitu juga jangan senang hendak melabelkan sesuatu amalan itu sebagai bidaah. ✓ Kadang kala ada amalan yang dilakukan oleh para ulama untuk mengajak orang orang kafir memeluk agama Islam ✓ Maka perlulah sesaorang mukmin itu mempunyai ilmu didalam bidang agama. Terutama fardu Ain. ✓ Orang mukmin digalakkan untuk mempelajari ilmu bahasa Arab. Supaya dapat memahami Quran dan Hadith. ✓ Apabila sudah mempunyai ilmu yang sedikit janganlah pula suka menyalahkan orang lain. ✓ Sesaorang mukmin perlulah melengkapkan diri dengan ilmu aqidah, ilmu fiqah dan ilmu tasawuf. ✓ Janganlah orang mukmin cepat mengkafirkan atau menyatakan sesaorang itu ahli neraka. Itu bukanlah tugasan sesaorang mukmin. ✓ Samalah juga janganlah seseorang itu menyatakan bahawa dia adalah ahli syurga. Itu juga bukan ku...