Ustaz Shamsuddin 161119

Kuliah Subuh

✓ Setiap amalan yang dilakukan hendaklah dilakukan kerana Allah SWT. Supaya mendapat keredhaan NYA.

✓ Didalam kehidupan ini tiada ada yang kekal melainkan Allah SWT. Selain daripada NYA adalah makhluk yang dicipta yang maha kuasa. 

✓ Jadi kenapa dilakukan amalan kerana ingin mendapat pujian makhluk? Sedangkan kita tahu yang semua makhluk itu akan mati atau musnah. Si makhluk tidak kekal...

✓ Sebaliknya kenapa sesaorang itu bersusah-payah memuji sesuatu makhluk? Sedangkan yang dipuji itu tidak kekal. Dia juga hamba, dia juga makhluk...

✓ Maka orang orang yang soleh, mereka hanya menumpu segala amalan dan kehidupan ini dilakukan kerana Allah SWT sahaja. Yang lain daripada NYA tidak penting.

✓ Yang buruk lagi ada manusia yang menyembah atau mempersekutukan makhluk dengan Allah SWT. Sedangkan dia tahu yang makhluk itu tidak kekal. Satu ketika nanti akan musnah. Dimana logiknya?

✓ Hakikatnya kebergantungan makhluk hanyalah kepada Allah SWT. Cukuplah DIA sebagai penolong kita ....

✓ Orang alim mereka tetap berusaha dan berikhtiar. Tetapi mereka sedar bahawa 'outcome' daripada itu adalah diatas kehendak Allah SWT. Kejayaan ataupun kegagalan sesuatu itu adalah ketentuan NYA.

✓ Apabila kita melakukan sesuatu usaha dan mendapat kejayaan, maka sedarlah yang menjayakan itu buka usaha kita, tetapi ia adalah kerana ketentuan Allah SWT. Pertolongan NYA lah yang menjayakan usaha itu. Jadi janganlah merasa megah apabila dipuji orang atas kejayaan usaha tersebut.

✓ Biarlah hidup ini susah asalkan Allah SWT merasa senang dengan kita. Sekiranya orang ramai mencemuh tetapi ketaatan kita itu tetap lebih manis. Kecintaan kita hanyalah kepada pencipta kita.

✓ Allah SWT adalah maha pemurah lagi penyayang. Bergantunglah hanya kepada NYA. Memohon pertolongan hanya daripada NYA. Hendak pujian biarlah daripada Illahi sahaja. Begitu kalau ingin memuji, maka pujilah kepada NYA. Bergantunglah kepada NYA.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914