Ustaz Shamsuddin 101119

Kuliah Subuh

✓ Ubudiyyah bagi sesaorang mukmin merupakan pengabdian dirinya kepada Allah SWT

✓ Mengabdikan diri kepada Allah SWT perlu sangat kepada ikhlas. Bukan nak menunjuk nunjuk kepada orang. Riya'...

✓ Melawan riya' yang zahir itu senang dipelajari dan memerlukan sesaorang itu melawannya.

✓ Tetapi ada riya' yang tersembunyi. Ia itu riya' yang tidak dizahirkan. Tersembunyi...

✓ Didalam hati ada satu kecenderungan untuk orang ramai mengetahui kelebihan diri kita. Teringin supaya orang memuji akan kelebihan kita.

✓ Jika terdetik didalam hati perasaan berikut diatas menunjukkan bahawa ada kerosakkan didalam Ubudiyyah kita kepada Allah SWT. Cukuplah bagi diri kita yang DIA sahaja yang mengetahuinya. Kerana kita melakukan ibadat hanyalah kepada NYA.

✓ Perlulah orang yang beriman merasa malu jika ada keinginan yang tersembunyi untuk orang lain yang tahu ibadat kita. Malau kepada NYA.

✓ Nabi Isa AS menasihati pengikutnya...
    • Bila puasa minyakkan rambut dan basahi bibir supaya orang lain tidak tahu yang kita ini berpuasa.
    • Bila bersedekah janganlah orang yang dekat dengan kita tidak tahu.
    • Sama lah bila bersolat seorang diri tidaklah perlu diketahui orang lain.

Perlulah mengikhlaskan amalan kita hanya kepada Allah SWT.

✓ Orang beriman jika ia melakukan ibadah hendaklah dilakukan kerana Allah SWT semata-mata. Tidak ada keinginan untuk diketahui oleh orang lain. Jika teringin ada orang tahu bererti dia melakukan ibadat bukan kepada Allah SWT.

✓ Sesaorang Wali jarang diketahui orang lain akan kewalian dan kekuatan ibadahnya. Mereka merahsiakan akan kelebihan yang dianugerahi Allah SWT.

✓ Jika ada orang lain mengetahui akan kelebihannya maka dia memperelokkan hatinya agar jangan ada rasa gembira yang orang lain tahu.

✓ Padam perasaan rasa gembira jika orang lain mengetahui akan kehebatan ibadahnya. Jauhkan diri daripada riya'yang tersembunyi.

✓ Tetapi sesaorang guru yang menceritakan akan ibadahnya kepada muridnya bukanlah bererti yang dia itu riya'. Tetapi niatnya untuk menjadi contoh kepada anak didiknya. Ini bukanlah riya'yang tersembunyi.

✓ Cukuplah Allah SWT yang mengetahui. Yakinlah bahawa DIA melihat akan apa yang dilakukan oleh hambaNYA.

✓ Orang-orang yang soleh mereka melakukan ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Perjalanan hidupnya ditumpukan kepada NYA. Ubudiyyah hanya kepada Allah SWT.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914