Ustaz Yahya 031119

Kuliah Maghrib

✓ Sesaorang mukmin yang ingin menjadi penyampai ilmu didalam bidang tasawuf dan Tarekat perlulah mendapat keizinan daripada guru-guru yang diiktiraf. Berkemungkinan guru itu dianggap oleh pengikutnya seorang wali.

✓ Guru guru itu pula perlulah mempunyai ilmu yang secukupnya dan disanadkan kepada Rasulullah SAW. Pengajian itu perlulah dicontohi daripada perilaku Rasulullah SAW Dan para sahabatnya.

✓ Ilmu tasawuf akan dapat meningkatkan akhlak orang beriman seperti meningkatnya akhlak para sahabat dibawah didikan Rasulullah SAW. Dimana akhlak yang mulia itu mendapat sanjungan sekelian masyarakat dunia ketika itu. Merupakan 'miracle' umat mukmin generasi pertama.

✓ Untuk mencapai ketinggian akhlak yang sempurna sesaorang mukmin hendaklah menolak ego dirinya. Menyerah sepenuhnya dirinya kepada kehendak Allah SWT.

✓ Mendidik diri sesaorang mukmin apabila bersolat melakukan secara khusuk. Membuang semua nya didalam fikirannya yang sedang bermain didalam mindanya supaya menumpu sepenuhnya kepada Allah SWT.

✓ Sedar bahawa apabila sesaorang itu membaca ayat Al Fatihah ketika bersolat; Allah SWT membalas akan ucapannya. Sekiranya dia sendiri tidak fokus akan apa yang dibacanya, bagaimana hubungannya dengan Allah SWT ketika itu.

✓ Para rasul dan orang-orang yang tinggi iman mereka merasa malu untuk memohon secara berlebih-lebihan kepada Allah SWT. Mereka sedar akan hakikat sebenar kecil dan rendahnya diri mereka apabila dihadapan Allah SWT. Hidup mereka semata-mata kerana Allah SWT. Hidupnya semata-mata kerana melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhkan diri daripada laranganNya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914