Ustaz Jemputan 140622

Kuliah Maghrib

• Melakukan amal didunia ini supaya mendapat ganjaran diakhirat.

• Untuk menampung keperluan hidup seseorang itu perlulah melakukan pekerjaan yang menjana pendapatan.

• Rezeki seseorang itu tidak sama. Tetapi walau apapun dia perlulah bekerja. Bagi kebanyakkan orang.

• Bagi sesiapa yang mempunyai wang dan harta dia bebas membeli apa sahaja. Asalkan ia adalah halal dan menepati akhlaq sesaorang mukmin.

• Harta yang kita punyai hendaklah disimulasikan akan siapa yang dapat mewarisinya.

• Begitulah dengan hutang. Perlulah sesaorang itu jika berhutang ditulis dengan bersaksi. Perlulah memberitahu kepada waris akan hutang yang kita tanggung. Jika kita mati perlu tahu siapa yang hendak menjelaskan hutang sekiranya kita meninggal dunia.

• Sebagai seorang yang beriman hendaklah menjaga akan kebajikan keluarga apabila kita telah kembali ke rahmatullah. Akan harta dan segala hutang piutang.

• Harta yang kita kumpulkan itu milik siapa. Adakah disedekahkan atau hanya disimpan. Jika diwakafkan akan memberi pulangan diakhirat nanti. Harta dunia perlulah dijadikan sebagai modal diakhirat nanti.

• Orang yang beriman hendaklah bertanggungjawab keatas segala harta benda yang dipunyai.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914