Ustaz Rusmadi 210422


Tazkirah Ramadhan

• Orang yang membantu agama Allah SWT, maka DIA akan sebaliknya menolong nya. Menjadi wali Allah SWT. Yang dijanjikan ganjaran syurga.

• Suami perlulah memastikan isteri dan ahli keluarganya orang yang beriman. Begitu isteri hendaklah memastikan yang suaminya seorang yang beriman.

• Orang yang beriman hendaklah mendidik keluarga masing-masing kejalan Allah SWT. Berdakwah dan mengajak seisi keluarga mengerjakan amalan yang Soleh.

• Ganjaran orang yang seperti diatas akan memasuki syurga bersama sama dengan isteri dan keluarganya.

• Keharmonian hidup didalam syurga yang digambarkan oleh Al Quran boleh dipraktis semasa didunia lagi. Keluarga yang dididik dengan ajaran agama akan berakhlak mulia.

• Perlulah orang yang beriman, memastikan sahabat karib nya juga menjadi orang yang beriman. Ini merupakan membantu agama Allah SWT, pasti akan dibantu oleh NYA.

• Ciri-ciri orang yang beriman mempunyai akhlak yang baik. Menahan diri daripada sifat marah. Dan suka memaafkan kesalahan orang lain. Inilah sifat orang-orang yang beriman yang perlu didik didalam keluarga.

• Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914