Ustaz Shamsuddin 120622

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman hatinya bercahaya.

• Cahaya itu merupakan ilmu yang mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

• Ada cahaya yang merupakan sebagai ketukan hati. Satu kesedaran ingin untuk mendekati agama Allah SWT. Mahu belajar untuk mendapatkan ilmu ketuhanan.

• Peringkat yang lebih tinggi adalah cahaya iman yang memasuki hati sanubari sesaorang. Dimana dia mempunyai ilmu akan hal ketuhanan.

• Cahaya orang seperti diatas ini tahu rahsia kejadian yang terjadi sekeliling nya. Mata hatinya terang.

• Anwarul iman, adalah cahaya bagi sesaorang yang beriman yang peringkat permulaan. Dimana hatinya adakala dipengaruhi nafsu dan adakalanya dipandu oleh ilmu agama. Kebanyakan orang beriman berada diperingkat ini.

• Anwarul ihsan, adalah cahaya bagi mereka yang mempunyai ilmu ketuhanan yang tinggi. Mata-Hatinya sentiasa melihat akan kebesaran Allah SWT. Hatinya sentiasa terpaut pada kecintaan akhirat, dunia tidak ada kesan bagi dirinya.

• Orang yang beriman perlulah memperbaiki hatinya agar tidak dipenuhi dengan debu- debu kecintaan dunia. Mempertingkatkan ilmu dan amal untuk mendekati Allah SWT.

• Kehidupan didunia ini dipandu oleh cara hidup mukmin. Yang dicontohi daripada Baginda Rasulullah SAW, para sahabat serta orang orang yang soleh. Hatinya selalu mengingati akan kebesaran Allah SWT. Hidupnya dipandu oleh ketakwaan kepada NYA. Melakukan akan segala suruhan NYA dan menjauhi segala larangan NYA.

• Kehidupan yang dipengaruhi oleh keduniaan semata-mata kerana nafsu menghalang sesaorang itu untuk mendapat cahaya iman dan cahaya ihsan.

• Berbeza dengan orang yang beriman dimana kehidupannya didunia ini dipandu oleh ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadith. Islam itu adalah cara hidup.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914