Ustaz Rahim Nasir 291022
Kuliah Subuh • Surah AlBaqarah ayat 28. Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). • Pertanyaan Allah SWT kepada manusia. Soalan yang fundamental. Kenapa melawan NYA? • Allah SWT adalah tuhan kita. Dialah yang menghidupkan dan mematikan semua manusia. Tiada tuhan yang lain melainkan NYA. • Semua manusia melalui 4 fasa - Hidup didalam rahim - Hidup didalam dunia - Hidup didalam alam kubur - Hidup dihari akhirat • Semasa didalam rahim ibu, manusia hidup didalam air. Tiada pekerjaan. Apa yang dimakan ibu kita juga makan. Tidak semua orang melepasi alam ini. Ada yang maut ketika dilahirkan. Perlulah manusia mengenang jasa ibu dan ayah. • Orang yang beriman perlulah merasa akan betapa besarnya beban kedua orang ibu bapa unt...