Ustaz Ghazali Omar 301122
Kuliah Maghrib • Selepas menunaikan solat fardhu hendaklah dikerjakan solat sunat rawatib. • Baginda Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat rawatib tersebut. • Solat sunat rawatib tersebut boleh menampal akan kekurangan didalam solat fardhu. • Solat merupakan perkara yang pertama yang diperiksa diakhirat. Jika ada kekurangan akan diambil daripada solat sunat. • Orang yang tidak melakukan solat fardhu perlulah diqada. Mengikut mahzab imam Shafie. • Orang yang beriman perlulah menjaga dan buat persiapan yang sepatutnya didalam mengerjakan solat. Supaya kita tidak meninggalkan solat didalam keadaan apapun. • Solat sunat witir adalah sangat-sangat dituntut. Baginda Rasulullah SAW menekankan hal ini kepada para sahabatnya. Yang digelar ahli Quran. • Rasulullah bersabda, ertinya: " Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), Dia mencintai witir maka laksanakanlah Solat Witir wahai ahli Quran." – Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi • Solat witir merupakan satu kewajipan keatas setiap Musl...