Ustaz Hafizulah 261122

Kuliah Maghrib

• Sesaorang yang beriman merupakan mereka yang dikasihi Allah SWT.

• Iman itu satu nikmat. Dianugerahi oleh Allah SWT kepada hamba yang dikasihiNya.

• Imam itu bukan sahaja diangan-angankan sahaja. Perlu dipraktikkan didalam setiap ketika hidup kita.

• Ada orang yang beriman. Tetapi ada kalanya ia tidak yakin sepenuh hatinya.

• Bagi sesiapa yang dianugerahkan iman tanpa ada lansung perasaan tidak yakin. Keyakinannya cukup kuat sekali. Mereka merupakan orang yang berjaya.

• Orang yang beriman membenarkan Allah SWT sebagai tuhan yang maha esa. Tidak ada sekutu dengan NYA. Segala firmanNya didalam Al Quran dan kitab yang diwahyukan adalah benar. Rasulullah SAW dan segala Nabi yang diutuskan adalah benar. Dan mengikut segala peraturan yang dibawa Baginda Rasulullah SAW. Percaya dan takut kepada hari kiamat. Segala yang terjadi keatas dirinya dan seluruh alam ini mengikut qada'dan qadar Allah SWT.

• Iman itu harus dijaga. Disirami dengan kelakuan yang baik. Menjaga diri daripada melakukan yang berlawanan dengan pegangan imam itu.

• Orang yang beriman menjaga segala perbuatannya dijauhi daripada maksiat. Dijaga betul-betul didalam ibadatnya.

• Kekayaan material duniawi bukanlah pengukur keimanan seseorang itu. Didalam sejarah ramai orang yang kaya raya tidak beriman. Kaya tidaklah membawa kepada kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.

• Orang yang menjaga imannya bersungguh sungguh akan dianugerahkan Allah SWT dengan akhlak yang baik.

• Surah Anfaal ayat 1 hingga 4.

1. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman".

2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

3. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

4. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914