Ustaz Shamsuddin 131122

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman apabila melihat kehebatan dan kecantikan alam hendaklah dia mengingati akan penciptanya. Janganlah dijadikan alam ini sebagai melalaikan diri mengingati NYA.

• Orang yang rosak aqidahnya apabila melihat alam ini tidak lansung ingat akan siapa yang menciptakan. Dipuji akan keindahan alam ini tanpa dipuji juga penciptanya iaitu Allah SWT. Seolah alam ini menjadi dinding daripada NYA.

• Allah SWT itu ada disekeliling kita. Ia lebih dekat daripada apa yang hamba-Nya sangka. Setiap makhluk didalam alam ini adalah kejadian NYA.

• Sebagai sesaorang hamba yang beriman hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT. Memuji dan membesarkan NYA apabila kita menikmati apa yang ada didalam alam ini. Melihat akan kehebatan NYA dan merasa kewujudan yang dekat dengan kita. Melihat akan Allah SWT dengan mata hati.

• Para wali dan orang-orang yang soleh, hati mereka melihat Allah SWT apabila mereka melihat akan kehebatan alam ini.

• Orang yang jahil alam ini sebagai dinding untuk mengenal tuhan. Dizaman moden ini mereka menyebut 'nature'. Seolah ia wujud dengan sendirinya secara 'evolution'. Hati mereka tertutup untuk mengenal akan penciptaNYA.

• Semasa didunia ini manusia tidak dapat melihat Allah SWT dengan secara fizikal. Ini diceritakan Al Quran mengenai permintaan Nabi Musa AS untuk melihat Allah SWT.

• Manusia yang memasuki syurga kelak sahaja yang dapat melihat Allah SWT. Dunia ini bukan tempatnya untuk melihat NYA secara fizikal. Tetapi didunia ini dapat melihat NYA dengan mata hati. Dilihat akan kebesaran dan keindahan ciptaan NYA. Dilihat dengan iman.

• Seorang yang beriman mereka dapat merasai kehadiran Allah SWT. Sekuat mana dia dapat merasainya bergantung kepada kekuatan imannya.

• Bagi orang mukmin yang berada  diperingkat awam, hendaklah dia mengingati Allah SWT. Semakin kuat dia mengingati NYA semakin hatinya tersentuh mata hatinya.

• Kebanyakan orang mengingati Allah SWT apabila mereka ditimpa kesusahan. Tetapi sebaliknya apabila kembali senang, mereka lupa kepada Allah SWT. Maka kesenangan itu menjadi dinding daripada mengingati NYA.

• Orang yang Soleh senantiasa mengingati Allah SWT diwaktu susah dan senang. Malah makin senang makin dekat mereka dengan NYA. Alam ini tidak menjadi dinding mereka dengan NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914