Ustaz Shamsuddin 191122

Kuliah Subuh

• Setiap kali sesaorang menunaikan ibadah kerana Allah SWT dia akan mendapat ganjarannya.

• Hatinya akan merasa kemanisan beribadah. Perlulah dia melakukan dengan ikhlas.

• Hendaklah amalan itu dilakukan secara berterusan. Mengikut syariat. Kemanisannya akan dirasa kemudian.

• Sesaorang hamba jangan putus asa didalam mengerjakan ibadah. Walaupun dia belum dapat merasa kemanisannya.

• Ada kalanya amalan itu diterima, tetapi hamba itu tidak merasa apa apa. Maka dia perlu berterusan mengerjakan dan jangan putus asa.

• Semasa mengerjakan ibadah hendaklah seseorang itu hendaklah mengikut segala syarat syariah fiqah ibadah tersebut.

• Segala ibadah dilakukan atas dasar bertakwa. Tidak mengharapkan pujian manusia. Dilakukan dengan ikhlas hanya kerana Allah SWT. Insyaallah ibadah tersebut akan diterima Allah SWT.

• Bertakwa kepada Allah SWT semasa melakukan apa sahaja ibadah merupakan syarat untuk diterima NYA.

• Orang Soleh dan para wali mereka merasa kemanisan ketika melakukan ibadah kepada Allah SWT. Tetapi orang awam apabila melakukan ibadah dia belum merasakan kemanisan beribadah tidaklah menunjukkan ibadah itu tidak diterima.

• Kemanisan beribadah itu satu tanda penerimaan. Tetapi itu hanyalah tanda sahaja. Jika belum dapat merasa kemanisan beribadah tidaklah semestinya ibadah itu tidak diterima.

• Amal ibadat yang dicintai oleh Allah SWT adalah yang dilakukan secara berterusan. Walaupun sedikit sahaja.

• Walaupun sesaorang itu tidak dapat melakukan ibadah yang khusus pada waktu yang selalu dilakukan. Maka perlulah diisi waktu itu dengan ibadah yang lain.

• Beristiqamah didalam melakukan segala ibadah dengan takwa.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914