Ustaz Ghazali Omar 301122

Kuliah Maghrib

• Selepas menunaikan solat fardhu hendaklah dikerjakan solat sunat rawatib.

• Baginda Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat rawatib tersebut.

• Solat sunat rawatib tersebut boleh menampal akan kekurangan didalam solat fardhu.

• Solat merupakan perkara yang pertama yang diperiksa diakhirat. Jika ada kekurangan akan diambil daripada solat sunat.

• Orang yang tidak melakukan solat fardhu perlulah diqada. Mengikut mahzab imam Shafie.

• Orang yang beriman perlulah menjaga dan buat persiapan yang sepatutnya didalam mengerjakan solat. Supaya kita tidak meninggalkan solat didalam keadaan apapun.

• Solat sunat witir adalah sangat-sangat dituntut. Baginda Rasulullah SAW menekankan hal ini kepada para sahabatnya. Yang digelar ahli Quran.

• Rasulullah bersabda, ertinya: " Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), Dia mencintai witir maka laksanakanlah Solat Witir wahai ahli Quran." – Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

• Solat witir merupakan satu kewajipan keatas setiap Muslim, siapa yang mahu solat witir secara lima rakaat, maka dia boleh lakukannya, siapa yang mahu melakukannya secara tiga rakaat maka lakukanlah, jika dia mahu secara satu rakaat maka lakukanlah.

Sunan Abi Dawud (1419) dan Sunan al-Nasa'ie

• Solat dhuha juga solat sunat yang dituntut. Fadhilat solat ini akan memperluaskan rezki sesaorang itu. Dikerjakan 2, 4, 6, 8, 10, 12 rakaat.

• Waktu solat dhuha bermula 28 minit selepas matahari terbit. Sehingga masuk waktu Zuhur.

• Sesiapa yang solat fardhu subuh berjemaah serta tunggu di masjid hingga mengerjakan solat dhuha, pahalanya seperti dia melakukan umrah yang sempurna.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914