Ustaz Azman 160423
Kuliah Subuh • Orang yang sempurna keimanan adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik. • Orang yang berakhlak yang baik datangnya dari sesaorang yang mempunyai hati yang baik. • Kemuliaan hati itu berpunca daripada ibadah sesaorang itu. Ibadah yang dilakukan dengan sebaik yang mungkin. • Rugilah sesaorang itu apabila dia melakukan ibadat dengan sambil lewa sahaja. Tidak menjaga ketertiban didalam melakukan sesuatu ibadah. • Begitu juga jika seseorang itu nampak rajin beribadat tetapi dia tidak menjaga akhlaknya dengan orang lain. Nampak sangat ada sesuatu yang tidak seimbang didalam kefahaman beragama. • Apalagi jika mengaku diri seorang yang beriman tetapi akhlaknya dengan Allah SWT tidak dijaganya. Ibadat yang dikerjakan tidak sebagaimana ibadah yang dikerjakan oleh Baginda Rasulullah SAW. • Orang yang akhlaknya baik tinggi darjatnya. Lebih tinggi daripada seorang yang bersolat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari. • Kebanyakan manusia lupa akan nikmat yang dianugerahkan ...