Ustaz Muhaimin 190724

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman selalulah dirinya diingati oleh ayat Al-Quran.

• Hijrah dizaman moden ini adalah berpindah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.

• Semasa Baginda Rasulullah SAW Dan para sahabat berhijrah. Mereka banyak berkorban kerana menegakkan agama Allah SWT.

• Quote from the Holy Qur'an: Al-Hashr (59:8)

لِلۡفُقَرَآءِ الۡمُهٰجِرِيۡنَ الَّذِيۡنَ اُخۡرِجُوۡا مِنۡ دِيَارِهِمۡ وَاَمۡوَالِهِمۡ يَبۡتَغُوۡنَ فَضۡلًا مِّنَ اللّٰهِ وَرِضۡوَانًا وَّيَنۡصُرُوۡنَ اللّٰهَ وَرَسُوۡلَهٗ‌ؕ اُولٰٓٮِٕكَ هُمُ الصّٰدِقُوۡنَ‌ۚ

(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).




https://www.muslimpro.com/app/quran/59/8

• Para sahabat yang berhijrah niat mereka adalah kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW.

• Apa sahaja yang diperintahkan Rasulullah SAW mereka taat. Walaupun mereka hilang segala-galanya harta benda yang terpaksa ditinggalkan semasa mereka berhijrah.

• Niat didalam setiap amalan adalah penting. Ia akan menentukan kedudukan di sisi Allah SWT.

• Melakukan sesuatu ibadah jika salah niatnya akan membawa dosa. Solat jika dilakukan kerana riak tidak diterima ibadahnya. Malah dicaci didalam Al Quran orang yang solat tetapi lalai didalam ibadah tersebut.

• Kebanyakan orang apabila melakukan ibadah adalah secara fizikal sahaja. Ruh ibadahnya tidak ada. Ibadah itu tidak memberi kesan didalam hati. Solatnya tidak menghalang daripada melakukan perkara-perkara yang dosa.

• Hari ini terdapat banyak benda dibuat oleh plastik. Pokok bunga dibuat dengan begitu teliti sehingga dilihat seakan-akan Tulin. Tetapi ianya tetap juga plastik. Begitu juga ibadah kita. Adakah solat, puasa, zikir kita plastik. Nampak macam okay tetapi tiada ruhnya. Kerana niatnya bukan kerana Allah SWT tetapi kerana manusia dan kebendaan.


• Imam Ibnul Qayyim menggambarkan hal ini dalam ucapan beliau: "Adapun kesyirikan (penyimpangan) dalam niat dan keinginan (manusia) maka itu (ibaratnya seperti) lautan (luas) yang tidak bertepi dan sangat sedikit orang yang selamat dari penyimpangan tersebut. Maka barangsiapa yang menginginkan dengan amal kebaikannya selain wajah Allah, meniatkan sesuatu selain untuk mendekatkan diri kepada-Nya, atau selain mencari pahala dari-Nya maka sungguh dia telah berbuat syirik dalam niat dan keinginannya. Ikhlas adalah dengan seorang hamba mengikhlaskan untuk Allah (semata) semua ucapan, perbuatan, keinginan dan niatnya"3.

Sumber: https://muslim.or.id/13945-jangan-nodai-ibadah-anda-dengan-niat-duniawi.html
Copyright © 2024 muslim.or.id

• Melakukan ibadah semata-mata kerana Allah SWT perlu pengorbanan. Para sahabat berkorban nyawa dan harta benda untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Niat mereka ikhlas.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809