Ustaz Shamsuddin 140724
Kuliah Subuh
• Islam adalah cara hidup yang ditetapkan Allah SWT. Orang yang beriman hidupnya dipenuhi dengan beribadat. Setiap gerak gerinya dilakukan dengan berpandukan oleh syariat agama.
• Dengan berniat mengikut segala panduan agama kerana mengikut perintah Allah SWT. Serta menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang dilarang. Setiap kehidupannya didalam lingkungan sempadan halal haram yang dilakukan kerana NYA.
• Menjalani kehidupan seharian mengikut cara yang ditentukan syariat agama akan pasti menghadapi ujian.
• Untuk menjadikan setiap perbuatan seseorang itu sebagai ibadah hendaklah diniatkan kerana Allah SWT. Itu merupakan perkara pokok.
• Apabila menghadapi halangan untuk menjalankan segala kehendak agama perlulah dihadapi dan diselesaikan dengan sebaik yang mungkin. Allah SWT tidak memberatkan hamba NYA. Pasti akan ada pertolongan NYA.
• Setiap perbuatan yang mengikut kehendak syariat, walaupun perkara yang kecil hendaklah dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Diniatkan dilakukan sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Rabb nya. Mengharap keredhaan NYA.
• Seluruh kehidupan seorang mukmin berupakan ibadat. Niat kerana Allah SWT. Dengan cara demikian seseorang itu akan semakin hari semakin dekat dengan Allah SWT. Pasti ia akan lebih mengenali NYA. Mengharap keredhaan dan kasih sayang NYA.
• Sebaliknya apabila seseorang itu menjalani kehidupan dunianya tanpa berniat untuk melakukan ibadah, maka rugilah dia. Hidupnya jauh daripada mengingati Allah SWT. Jauh daripada Rahmat NYA.
• Setiap kebaikan yang dilakukan walaupun secara lahiriah dianggap usaha keduniaan tetapi jika diniatkan kerana Allah SWT maka usaha tersebut juga dianggap sebagai ibadah. Cantiknya agama Islam ini. Inilah cara hidup bersyari'at.
• Bagi seorang yang beriman segala amalannya mengikut kehendak syariat. Diniatkan kerana Allah SWT. Mengharap keredhaan NYA. Supaya dirinya lebih dekat dengan NYA. Akan lebih mengenali NYA.
• Wassalam

Comments