Ustaz Rahmatullah 080724

Kuliah Maghrib

• Setiap orang mempunyai hati. Penting bagi setiap insan. Umpama raja.

• Hati yang baik akan memberi kesudahan yang baik. Hati yang selalu disirami dengan imam akan menjadi baik.

• Hati mempengaruhi akal sesaorang. Dari segi keimanan hati yang dimaksudkan didalam Al Quran bukan hati yang fiskal, tetapi sesuatu yang tidak dapat dilihat, dipanggil hati sanubari.

• Hati yang berpenyakit perlulah diubati dengan keimanan. Orang yang hatinya kering, keras dan buta kerana ia dilaknat oleh Allah SWT. Kerana ia mempermainkan hal agama yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

• Hati yang baik itu datangnya dari diri yang disukai Allah SWT. Sebaliknya hati yang sakit dimurkai NYA. Dia tidak bersyukur akan nikmat yang dia terima daripada NYA.

• Ada orang yang suka membuka aib orang lain. Dia suka memuji diri sendiri. Orang lain semuanya salah. Ini kerana dia mempunyai hati yang sakit.

• Sekiranya orang yang menutup aib orang lain atau aib diri sendiri. Insyaallah diakhirat nanti Allah SWT akan menutup aib tersebut.

• Perbuatan yang berlainan daripada kehendak imam akan membawa penyakit hati. Dia melakukan perkara yang tidak disukai Allah SWT.

• Sifat orang yang beriman tidak menunjulkan diri sendiri, tidak memburukkan karakter orang lain, tidak suka membuka aib sesaorang.

• Sebagai seorang mukmin dia memuliakan orang tua, orang muda dan para ulama'. Dia bersedih apabila melihat orang lain yang sesat dan ditimpa dengan bencana. Hatinya berkehendak agar orang lain kembali beriman dan juga suka melihat orang lain  dianugerahkan Allah SWT rezeki yang banyak.

• Sebaliknya orang yang hatinya keras atau sakit suka membangga diri sendiri. Mempamerkan kehebatan diri sendiri. Suka melihat orang lain jatuh. Suka sebar fitnah. Suka membuka aib orang lain.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809