Ustaz Dr Nizam 100824

Kuliah Subuh

• Terdapat kepercayaan dinegara Yemen bahawa kubur ditempat mereka adalah kubur Nabi Hud. Berasas kepada mimpi sahaja. Ini bertentangan dengan kepercayaan ahli sunnah Waljamaah. Mimpi bukan boleh dijadikan dalil sesuatu hukum.

• Habib dinegara itu juga mendakwa dia berjumpa dengan Nabi Hud secara fizikal. Ini bertentangan dengan pegangan majoriti para ulamak.

• Serta didakwa yang Nabi Hud mengatakan yang dia menanggung dosa sesiapa yang menziarahi kuburnya. Ini juga bertentangan dengan hukum Al Quran.

• . Fatir Ayat 18
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِّزْرَ اُخْرٰى ۗوَاِنْ تَدْعُ مُثْقَلَةٌ اِلٰى حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَيْءٌ وَّلَوْ كَانَ ذَا قُرْبٰىۗ اِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِيْنَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَاَقَامُوا الصَّلٰوةَ ۗوَمَنْ تَزَكّٰى فَاِنَّمَا يَتَزَكّٰى لِنَفْسِهٖ ۗوَاِلَى اللّٰهِ الْمَصِيْرُ

18. Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul bebannya itu tidak akan dipikulkan sedikit pun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada (azab) Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka yang melaksanakan salat. Dan barangsiapa menyucikan dirinya, sesungguhnya dia menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah-lah tempat kembali.

• Didalam sejarah mahzab terdapat lebih daripada 40 mahzab. Hari ini yang terpakai adalah 4 sahaja. Yang lain tidak diterima kerana tiada ulama dan kitab yang membicara secara detail ajaran mahzab tersebut.

• Mahzab yang 4 itu ulamanya telahpun mendalami segala ayat-ayat Al Quran dan hadith untuk menentukan sesuatu hukum. Bagi orang awam amalan Faekah mereka diterima sekiranya dia mentaklik dengan mana-mana imam yang empat.

• Pandangan ulama' sesuatu mahzab yang empat telahpun disemak dan dibincang dengan ramai para ulama ahli sunnah Waljamaah.

• Maka adalah selamat jika sesaorang mukmin pada hari ini memegang dengan mana mana mahzab yang empat.

• Tidak wajar seseorang itu taksub diatas pegangan mahzab masing-masing. Perlulah hormat menghormati pegangan mahzab orang lain. Imam-imam mahzab yang empat ini juga menghormati sesama sendiri.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809