Ustaz Rahmatullah 120824
Kuliah Maghrib
• Orang yang beriman hatinya perlu kuat untuk melawan dengan segala bisikkan nafsunya.
• Para ulama menganjurkan agar seseorang itu melakukan beberapa perkara untuk menundukkan hawa nafsu.
• Berzikir kepada Allah SWT akan melembutkan hati. Sentiasa membuat hati untuk mengharap akan keredhaan Allah SWT.
• Dengan berzikir sesaorang itu dapat mengawal nafsunya. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat.
• Buat permulaan sesaorang itu perlulah memaksa diri untuk selalu mengerjakan ibadat zikir. Lama kelamaan perkara itu akan menjadi amalan yang berterusan. Ibadat tersebut akan membawanya hatinya takut kepada Allah SWT.
• Dengan memperbanyakkan zikrullah, hati sesaorang akan menjadi lembut. Bersih. Dan makin dekat dengan Allah SWT.
• Zikrullah hendak dilakukan dengan lisan dan hati. Sedar akan apa yang dilakukan. Kalau leka maka tidaklah menjadi kebaikan. Tetapi berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW akan mendapat pahala walaupun fokusnya tersasar. Itulah kelebihan berselawat.
• Zikir dapat menghapuskan dosa dan menjadi hati seseorang itu lembut. Dan membolehkan seseorang itu mengawal nafsu.
• Orang yang beriman hendaklah berbaik dengan jiran. Melakukan kebaikan kepada orang lain. Serta berdiam jika tidak ada percakapan yang baik.
• Imam Shafie bila dicerca oleh musuhnya dia hanya berdiam diri. Bila ditanya kenapa dia berdiam sahaja. Dia menjawab bahawa melawan cakap akan membuka lebih banyak keburukan. Berdiam dihadapan orang yang jahil / bodoh lebih mulia. Dapat menjaga kemuliaan dan kehormatan diri sesaorang.
• Terlalu banyak berbicara dalam situasi yang lagha akan mengundang banyak keburukan.
• Rasulullah SAW menyatakan kepada para sahabatnya...Seorang mukmin yang dapat menjamin lisan dan kemaluannya akan dijamin syurga.
• Berkhalwat atau menyendiri itu satu perbuatan yang baik. Bersendiri untuk bertakafur memikirkan akan ibadahnya kepada Allah SWT. Sama ada cukup atau kurang didalam kesemua kewajipan yang dihukumkan oleh Allah SWT. Adakah dia mencintai Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW melebihi akan segala yang lain. Adakah dia mencintai akhirat melebihi kecintaannya kepada nikmat duniawi. Cukupkah dia bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat yang diberi NYA kepada hamba-hamba NYA.
• Orang yang beriman perlulah menjaga diri daripada terlalu banyak makan. Perut yang terlalu kenyang akan susah untuk beribadat. Makan yang berlebihan itu kehendak nafsu. Jika diikutinya akan membawa sesaorang itu makin tenggelam diri dengan kemanisan hidup keduniaan.
• Wassalam

Comments