Ustaz Shahir 160924
Kuliah Maghrib
• Rasulullah SAW
- penutup segala nabi
- menjadi nabi sebelum ciptaan Adam
• Kerasulan Baginda Rasulullah SAW adalah diatas doa Nabi Ibrahim SA.
• Nabi Isa SA telah memberitahu umatnya akan kedatangan Rasulullah Nabi Muhammad SAW.
"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"(Surah al-Saf: 6)
• Pada suatu malam ibu Nabi Muhammad SAW bermimpi, seolah-olah ada cahaya dari perutnya yang memancarkan sinar yang terang menyinari seluruh alam. Sehingga dalam mimpi tersebut Siti Aminah dapat melihat bangunan yang tinggi yang terletak di Kota Syam.
• Allah S.W.T. ketika memulakan penciptaan-Nya, Dia menciptakan Nur Muhammad. Nur Muhammad ini adalah cahaya yang sangat terang, yang sangat luar biasa. Cahaya ini penuh dengan rasa kehambaan terhadap penciptanya. Hakikatnya Nur Muhammad ini adalah dari cahaya-Nya
• Nur Muhammad adalah ciptaan yang paling Tuhan sayang! Kerana sayang dan cinta Allah kepadanya, terciptalah seluruh alam. Ketika Nur Muhammad telah diciptakan dan fizikalnya belum wujud, Allah berkata;
"Aku ingin menciptkan manusia yang paling Aku sayang di atas muka bumi ini"
• Ustaz menyatakan bahawa Nur Muhammad ini diturunkan dari Nabi Adam hinggalah kepada Saidina Aminah dan kepada Baginda semasa kelahirannya.
• Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin. Pada malam keputeraan Nabi SAW terbit satu bintang menandakan Baginda SAW sebagai rasul akhir zaman yang ditunggu-tunggu.
Ibn Hisyam menjelaskan: "Hassan bin Tsabit berkata: 'Demi Allah SWT ketika aku berumur antara tujuh atau lapan tahun aku mengingati apa yang aku dengar. Ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Madinah: 'Wahai semua Yahudi! Maka berhimpunlah mereka. Lalu mereka berkata: 'Apakah semua ini? Pendita Yahudi itu berkata: 'Telah muncul semalam bintang Ahmad yang menunjukkan bahawa dia telah dilahirkan.'" (Ibn Hisyam, 1998, al-Sirah al-Nabawiyyah, Dar al-Fikr: Beirut, jld 1, hlm 135)
• Wassalam

Comments