Ustaz Shukri Alam Impian 180924

Kuliah Maghrib

FB Live
https://www.facebook.com/share/v/1AbXw2WNZd/?mibextid=qi2Omg


• Zakat wajib hukumnya

• Pengertian perkataan "bersih dan suci" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan dari sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain juga zakat membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang lain.

• Kebiasaannya orang yang kaya bersifat sombong. Jadi zakat mensucikan diri sesaorang daripada sifat yang buruk.

• Zakat itu wajib apabila sudah cukup syaratnya. Dari segi jumlah harta dan haulnya.

• Zakat juga diberikan kepada orang-orang yang memerlukan. Juga yang cukup syarat untuk menerimanya.

• Seorang mukmin yang terbaik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

• Orang yang beriman yang menjalankan segala perintah agama dia terlepas daripada sifat tamak. Kedekut. Sayang kepada harta berlebihan. Membayar zakat memain peranan utama dalam membentuk sikap mukmin terhadap harta dunia ini.

• Surah Ali Imran ayat 180 maksudnya...

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"

• Surah Al-Humazah (سورة الهمزة) adalah surat ke-104 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 9 ayat dan tergolong pada surah makiyyah. Kata Al Humazah bererti pengumpat dan diambil dari ayat pertama surat ini.

Isi kandugan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.

• Azab yang akan ditimpakan kepada orang yang tidak mengeluarkan zakat yang wajib keatas dirinya adalah siksaan yang dahsyat di akhirat kelak. Mendapat kemurkaan Allah SWT.

• Sesaorang yang beriman hendaklah menjadikan hartanya bersih dengan mengeluarkan zakat. Agar dia mendapat keredhaan serta kasih sayang Allah SWT.

• "Wahai orang –orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, serta belakang mereka (sambal dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Oleh itu, rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."

(Surah al-Taubah: 34-35)

• Rasulullah SAW  bersabda...

"Dan tidaklah pemilik unta, sapi, maupun kambing lalu ia tidak mengeluarkan zakatnya, melainkan pada hari kiamat kelak ia dilemparkan ke kawanan unta di tanah yang luas. Semuanya menanduknya dengan tanduknya dan menginjak-nginjaknya dengan kakinya. Setiap kali yang terakhir selesai diulangi lagi dari pertama hingga Allah memberikan putusan atas hamba-hamba-Nya pada hari yang lamanya lima puluh ribu tahun, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat kembalinya baik ke surga maupun ke neraka. Dan tidaklah pemilik harta simpanan lalu ia tidak mengeluarkan zakatnya, melainkan pada hari kiamat kelak hartanya datang menyerupai seekor ular naga botak …". (HR. Muslim dan Bukhari).

• Wassalam 

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809