Ustaz Ahmad Hakimi 200819

Kuliah Maghrib

✓ Para guru menasihatkan anak buahnya agar mati didalam keadaan baik. " Mati sesaorang itu sebagaimana dia mengendalikan hidupnya"

✓ Saidina Uthman Bin Affan menyatakan ada  perkara yang orang beriman menghadapi ketakutan.

✓ Dimasa menghadapi kematian Allah SWT menarik balik keimanan sesaorang yang beriman. Ini merupakan satu bencana bagi sesaorang yang beriman. Semasa menghadapi sakaratul maut syaitan datang untuk mengganggu kita. Dia memujuk kita agar menyembahnya.

✓ Kisah pendita yang digoda oleh iblis hingga dia akhirnya berzina, membunuh dan akhir sekali menyembah iblis...

✓ Iman ini tidak dapat dijual beli. Ramai orang yang kaya dan berkuasa mati ketika mereka menderhaka kepada Allah SWT.

✓ Malaikat ada yang mencatit setiap amalan kita. Ada yang mencatit yang baik. Ada yang mencatit yang jahat. Bagi orang yang beriman mereka merasa takut yang segala keburukan dosa yang dicatatkan diketahui umum dihari akhirat kelak. Terdedahnya dosa didunia ini lebih baik daripada terdedahnya dosa diakhirat kelak.

✓ Orang yang beriman sentiasa memohon pertolongan Allah SWT agar dihindari diri mereka daripada godaan syaitan. Mereka sedar bahawa iblis dan syaitan ini banyak tipu helah mereka. Untuk menghindar dari tipuan iblis dan syaitan perlulah sentiasa mengharap perlindungan Allah SWT.

✓ Takut akan melakukan riya' semasa beramal Soleh. Mereka tahu yang jika terjadi sedemikian segala amalannya ditolak.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914