Ustaz Ali 130819

Kuliah Maghrib

✓ Ibadah Qurban didalam satu aspek merupakan perubahan didalam diri kita sendiri. Menyembelih sikap yang buruk dan mengharap Allah SWT gantikan dengan perubahan yang baik. Dosa kita diampunkan sebanyak bulu bulu binatang qurban tersebut. Secara praktikalnya tidak terhitung.

✓ Diharap Allah SWT menghapuskan sikap ego, sombong, hipokrit dan sikap buruk yang lain dengan ibadah qurban yang kita lakukan.

✓ Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah merupakan hari yang mulia. Seperti mulianya sepuluh hari akhir Ramadhan. Digalakkan orang orang yang beriman memperbanyakkan amal Soleh.

✓ Para ulama' menegur ummah agar jangan berketawa terlalu sangat. Kerana takut yang masyarakat mukmin lupa akan hari akhirat dan leka dengan suasana kehidupan dunia.

✓ Ulama' terkenal Hassan Basri menegur seorang pemuda yang ketawa keterlaluan. Dinasihatkan pemuda itu agar ingatkan kesusahan yang akan dilalui manusia dihari akhirat nanti.

✓ Abdullah bin Mas'ud seorang sahabat Rasulullah SAW disatu ketika apabila dia melalui satu tempat dimana orang ramai bersuka-ria. Terdapat seorang pemuda sedang menyanyi dan memain alat muzik. Sahabat Rasulullah SAW menyatakan kepadanya alangkah suara yang baik itu digunakan untuk mengaji Quran. Apabila pemuda itu tahu siapa yang menegurnya, terus dia tinggalkan nyanyian dan menuntut dengan Abdullah bin Mas'ud.

✓ Orang yang beriman apabila memikirkan akan dosa dosanya yang banyak itu akan menangis kerana takut akan akibatnya diakhirat kelak. Mengharap agar Allah SWT mengampunkan dosa dan dihindarkan siksaan neraka.

✓ Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa.  Melihat perkara yang haram, mendengar perkataan yang buruk, melakukan perbuatan yang diharamkan. Dan sebagainya. Jadi orang yang beriman tahu yang dia perlu menjawab akan segala dosa dosa yang dilakukan diakhirat kelak.

✓ Bagi orang yang tidak beriman dia tidak percaya yang adanya hari akhirat. Jadi dunia ini adalah tempat bersuka ria semata mata. Jadi hidup ini dihiasi dengan lawak jenaka, musik, menari, berparti serta meminum arak, berjudi dan berzina. Didalam AL Quran diterangkan nasib orang orang sebegini. Jauh bezanya dengan sikap dan fikiran orang yang beriman.

✓ Orang yang beriman yakin akan hari akhirat. Jadi dia takut akan apa yang akan terjadi kepadanya. Walaupun dia banyak melakukan kebaikan dan amalannya tetapi dia khuatir sama ada Allah SWT meredhai usaha nya. Takut jika amalan nya ditolak dan dia Dimas kedalam neraka.

✓ Orang beriman takut diakhirat nanti dipersoalnya tentang harta yang ditinggalkan. Sama ada harta itu membawa kebaikan atau membawa kepada maksiat.

✓ Begitu jugalah dengan amalan yang baik yang dia menangguhkan. Orang yang beriman risau apa yang akan dihadapi kelak semasa hari akhirat. Takut nanti amalan baiknya tidak mencukupi untuk mengimbangkan dosa dosanya. Sedangkan dia tahu diakhirat nanti dah tidak boleh kembali kedunia semula. Pintu taubat pun sudah ditutup.

✓ Sebagai orang yang beriman janganlah kita terlalu bersuka ria didunia ini. Tetapi selalu memikirkan dihari akhirat kelak. Yakin akhirat itu kekal. Tidak ada kesudahan. Jika gagal akan berdukacita selama lamanya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809